Anda kini berdiri di atas tanah yang merupakan titik permulaan kisah YTL.
- Ini berlaku beberapa dekad sebelum penubuhan rasmi Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay pada tahun 1955.
- Kisah ini bermula pada tahun 1920-an, apabila Yeoh Cheng Liam, bapa kepada Tan Sri Yeoh Tiong Lay, meninggalkan kampung halamannya di Kinmen dan berhijrah ke Tanah Melayu dengan harapan untuk membina kehidupan yang lebih baik.
- Perjalanan hidupnya bermula di Klang, sebelum akhirnya menetap di Kuala Selangor bersama isterinya, Ng Kim Sik, di mana beliau membina sebuah perniagaan dan keluarga yang menjadi permulaan kepada legasi yang berterusan sehingga hari ini.
- Apabila anda berjalan ke hadapan, anda akan melihat dua patung yang menyerupai Yeoh Cheng Liam dan isterinya, berlatarbelakangkan pemandangan kediaman generasi keluarga Yeoh.
Pada awal 1920-an, rumah ini hanyalah sebuah kediaman kayu sederhana bertiang.
- Di sinilah Tan Sri Yeoh Tiong Lay membesar bersama tujuh orang adik-beradiknya.
- Kemudiannya pada tahun 1950-an sehingga 1960-an, selepas daripada perkahwinannya dengan Puan Sri Tan Kai Yong, mereka terus berkongsi rumah ini bersama keluarga adik beradiknya yang lain. Mereka juga membesarkan tujuh orang anak mereka, yang kini memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah Kumpulan YTL, di dalam satu bilik rumah ini.
- Pada tahun 2001, rumah ini dibina semula bagi keselesaan ibunya, Ng Kim Sik, yang menetap di sini sehingga pemergiannya pada tahun 2004.
Pada tahun 2025, rumah ini sekali lagi diubahsuai sebagai Muzium YTL — yang merupakan sebuah penghormatan kepada legasi keluarga Yeoh dan nilai-nilai yang mereka junjung tinggi.
- Sepanjang perjalanan di muzium ini, anda akan menghayati nilai-nilai teras yang membentuk DNA YTL — Kerja Keras, Kejujuran, Tanggungjawab Moral, Kebersamaan dan Vitaliti.
- Anda akan menyaksikan bagaimana nilai-nilai ini dihayati, dicontohi, diwarisi, dan dibina sebagai syarikat yang dikenali hari ini.