Galeri ini menjemput anda untuk menelusuri pelbagai ekspresi kejujuran yang ditunjukkan oleh Tan Sri Yeoh Tiong Lay.
- Bahan utama yang digunakan dalam reka bentuk galeri ini adalah kaca dan cermin, yang mecerminkan sifat ketelusan dalam kejujuran.
- Di sebelah kanan anda, terdapat panel kaca yang memaparkan projek-projek penting yang dilaksanakan oleh YTL mengikut kronologi. Bermula dengan Hospital Nukleus Kuala Terengganu sehinggalah ke Green Data Centre Park.
Pada panel di sebelah kiri, anda akan melihat contoh-contoh bagaimana Tan Sri Yeoh mengamalkan sifat kejujuran.
- Ini dapat dilihat melalui cara beliau mengurus setiap projek dengan disiplin serta menunaikan setiap janji kepada pihak berkepentingan.
- Anda juga boleh melihat sijil Kontraktor Gred A. Reputasi Tan Sri sebagai seorang yang boleh dipercayai membolehkan beliau memperoleh status Kontraktor Gred A dalam masa yang singkat, menandakan peralihan beliau daripada pembina tempatan kepada tokoh pembinaan di peringkat nasional.(Status Kontraktor Gred A membolehkan kontraktor mengambil projek tanpa had nilai.)
Di latar belakang, anda akan melihat beberapa video yang menunjukkan bagaimana nilai kejujuran diterapkan dalam kerja harian para pekerja YTL.
- Akhir sekali, terdapat tiga panel cermin yang menjemput anda merenung tentang kejujuran diri sendiri. Jangan lupa untuk mengambil mirror selfie sebelum meninggalkan galeri ini.